Rabu, 23 November 2011

INSURAN TAKAFUL ILKHLAS



TAKAFUL IKHLAS - PROFIL SYARIKAT

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah anak syarikat Malaysian National Reinsurance Berhad, sebuah syarikat re-insurance terkemuka di Malaysia yang tersenarai di papan utama utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini telah memberi kelebihan kepada Takaful Ikhlas untuk berada pada kedudukan yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan Takaful yang boleh diyakini oleh para pelanggan kami. Apa yang lebih penting ialah kami mengendalikan operasi dan menguruskan perniagaan berlandaskan prinsip Syariah.
Anda beroleh jaminan bahawa kami amat komited untuk memastikan semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Perkhidmatan kami berteraskan falsafah "Memudahkan urusan perniagaan" kepada para pelanggan kami.
Wakalah merupakan satu bentuk hubungan perwakilan di antara pengendali (Takaful Ikhlas) dengan peserta. Takaful Ikhlas mengguna pakai kontrak berikut bagi mengawalselia perniagaan kami :-
Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan sejumlah peratusan sumbangan yang telah ditetapkan kepada dana bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain.
Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk mengendalikan urusan dana bagi pihak dirinya
Model Takaful Ikhlas juga membolehkan penggunaan pengantara sebagai saluran untuk memberi perkidmatan lebih baik kepada para pelanggan, mengurus pembayaran lebihan dan keuntungan yang berkaitan dengan peserta lebih baik serta membuat pengiraan pulangan bersama berdasarkan kadar bulanan.
*seperti yang terkandung di dalam risalah syarikat

Ahli Lembaga Pengarah

HJ MOHAMMAD BIN ABDULLAH
Chairman / Director
Y. BHG DATO' OTHMAN BIN HASHIM
Director 
HJ ANUAR BIN MOHD HASSAN
Director
ENCIK MUSTAFFA BIN AHMAD
Director
ENCIK HALIM HJ DIN
Director
HJ SYED MOHEEB BIN SYED KAMARULZAMAN
Managing Director / Chief Executive Officer

Majlis Pengawasan Syariah

Y. BHG DATO' MOHD MOKHTAR SHAFII
Member of the National Fatwa Council 
HJ NIK MOUSTPHA HJ NIK HASSAN
Deputy Director, IKIM
PROF. MADYA DR MOHD MA'SUM BILLAH
Lecturer, Faculty of Economics, IIUM
PROF. MADYA DR AHMAD HIDAYAT BUANG
Lecturer, Syariah and Laws, UM



Apa Itu Takaful?

Apa itu Takaful?

Penggunaan konsep Tabarru'at yang bermaksud menderma secara ikhlas dengan bersyarat. Setiap peserta takaful akan berniat untuk mendermakan wangnya untuk diurus oleh syarikat takaful dan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Konsep tolong-menolong sangat ditekankan di sini.

Perbezaan Takaful dan Insurans.

TAKAFULINSURANS
Tertakluk kepada AKTA TAKAFUL 1984Tertakluk kepada AKTA INSURANS 1963 ( Pindaan 1996)
peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru'at (mendermasecara ikhlas)Pemegang polisi dikenakan bayaran premiumatas perlindungan
Pihak syarikat merupakan Pengendali risikoPihak syarikat merupakan Penanggung risiko
penyertaan Takaful merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali TakafulPembelian Insurans adalah satu kontrakdiantara penginsurans dan pemegang polisi
Terdapat Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan semua transaksi Syarikat berpandukan Syariat IslamTiada Majlis Pengawasan Syariah. Yang mungkin terdapat ialah Majlis Penasihat untuk dana islam (bukan insurans)
Tidak ada unsur riba', maisir (judi) dan gharar (tidak ketentuan) terlibatTerdapat unsur riba', maisir(judi) dan gharar(tidak ketentuan)
HALAL di sisi IslamJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa Insurans nyawa adalah HARAM - sila rujuk fatwa online




Fakta: Lebih 36,000 Menanggung Beban Hutang PerubatanLaporan Khas Utusan Malaysia 20.09.2011 untuk renungan mendalam kita bersama.

Menurut En. Mohamed Akwal Sultan, CEO AKPK:

Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan. Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat. Pada 2007, sebanyak 18 peratus sahaja yang melibatkan hutang bayaran perubatan yang dirujuk kepada AKPK. Kini meningkat kepada 26 peratus. Kes berhutang untuk perubatan ini diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah menanggung penderitaan akibat sakit, ditambah pula hutang yang perlu diselesaikan selain tanggungan kos rawatan susulan. 
Pandangan saya:

Perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang asing. Kita boleh temui dalam masyarakat kita di tempat kita sendiri. Sakit adalah musibah yang biasa, tetapi ramai yang seolah-olah buat tidak tahu lantas tidak membuat persediaan. Akibatnya, 36,000 orang terpaksa menanggung hutang. Melalui perancangan takaful, perkara seumpama ini boleh dielak dengan kos yang minimum (rujuk pelan kad bantuan perubatan IMAT) dan tidak menjejaskan wang simpanan untuk hari persaraan/tujuan tertentu. Tindakan bijak hari ini memberi banyak faedah kepada kita pada masa depan. Ambillah iktibar.







Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan kini boleh memiliki kad bantuan perubatan Ikhlas (Ikhlas Medic Assist Takaful- IMAT medical card) secara bayaran bulanan, suku tahunan dan juga dwi-tahunan (setengah tahun). Bayaran boleh dibuat secara potongan akaun/auto debit. Layak mendapat tax relief max. RM3000 setahun (tertakluk kepada sumbangan KWSP tahunan).


Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

1. Bilik hospital & makan, maksimum harian sehingga 365 hari
2. Unit rawatan rapi, maksimum harian sehingga 60 hari
3. Bekalan & khidmat hospital
4. Bayaran pembedahan, termasuk penjagaan selepas pembedahan sehingga 31 hari
5. Bayaran pakar bius
6. Bilik bedah
7. Rundingan pakar pra-penghospitalan, dalam jangka masa 31 hari sebelum kemasukan
8. Ujian diagnostik pra-penghospitalan, dalam jangka masa 31 hari sebelum kemasukan
9. Rundingan pakar & diagnostik pra-pembedahan, dalam jangka masa 31 hari sebelum pembedahan
10.Lawatan pakar perubatan di hospital, maksimum harian sehingga 120 hari
11. Rawatan selepas penghospitalan, dalam jangka masa 60 hari selepas penghospitalan
12. Bayaran ambulans
13. Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan, bagi setiap kemalangan termasuk rawatan susulan sehingga 31 hari
14. Rawatan kecemasan pergigian, bagi setiap kemalangan termasuk rawatan susulan 31 hari
15. Rawatan perubatan tradisional
16. Elaun tunai harian di hospital kerajaan, maksimum harian sehingga 60 hari
17. Penjagaan di rumah, maksimum harian sehingga 60 hari
18. Perbelanjaan tempat tinggal bagi setiap hilang upaya
19. Yuran laporan perubatan bagi setiap hilang upaya
20. Cukai perkhidmatan kerajaan
21. Pemindahan organ
22. Rawatan pesakit luar kanser
23. Rawatan pesakit luar sakit buah pinggang


Kos perubatan hospital semakin meningkat setiap tahun manakala penyakit kritikal kini menyerang tanpa mengira usia. Lindungi diri dan keluarga tuan/puan dengan pelan perlindungan IMAT yang telah dipermudahkan ini.




Sementara Anda Masih Ada Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah 1.

"Saya tidak perlukan takaful..." Kisah ini terjadi sewaktu En. Ahmad (bukan nama sebenar), 47 tahun, dihampiri oleh konsultan takaful untuk menawarkan pelan takaful bantuan perubatan. Apa yang terjadi 5 bulan selepas itu, beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Dan beliau membayar sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan yang agak tinggi. Beliau kini menyesal kerana tidak menerima nasihat oleh wakil takaful beberapa bulan lalu. Sekiranya beliau mengambil pelan takaful yang ditawarkan dulu, sudah tentu kos yang perlu ditanggungnya tidaklah sebesar yang perlu dijelaskan kepada pihak hospital. Kini, duit simpanan beliau telah berkurang dengan begitu banyak sekali dan tentunya menjejaskan perancangan kewangan beliau untuk menghadapi persaraan dengan bebas, bahagia dan tenang.

Kisah 2.

"Tak apa nanti-nantilah. Sekarang duit tak berapa cukuplah." En. Nizam (bukan nama sebenar), 32 tahun, memberikan alasan ini sewaktu ditemui oleh konsultan takaful pada suatu hari. Kalau dilihat kepada gaya hidup beliau, seakan tidak dapat dipercayai beliau tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil perlindungan takaful. Setahun selepas itu beliau telah ditimpa kemalangan jalan raya sehingga kehilangan sebelah kaki dan penglihatannya manjadi kabur. Akibatnya beliau diberhentikan kerja kerana kehilangan upaya. Gaya hidup beliau dan keluarga berubah sekelip mata akibat kejadian itu dan kini bebanan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga terpaksa digalas oleh isteri tercinta. Beliau bernasib baik kerana isteri beliau sanggup memikul amanah. Namun jauh di lubuk hati En. Nizam, beliau amat menyesal kerana tidak menyertai pelan takaful setahun yang lalu. Sekurang-kurangnya manfaat perlindungan takaful akan dapat membantu keluarga beliau menghadapi situasi yang sukar lagi mencabar ini.


Kisah 3.

"Ok, saya nampak kepentingan takaful dan saya nak ambil untuk pendidikan anak saya." Puan Zaida (bukan nama sebenar), 26 tahun, terus mengambil perlindungan takaful pendidikan untuk anak beliau ketika disapa konsultan takaful di sebuah pusat membeli-belah. 1 tahun kemudian beliau disahkan menghidapi kanser tulang di bahagian atas lutut tahap 2. Oleh kerana beliau mengambil tindakan bijak menyertai pelan takaful, kesemua bayaran masa depan takaful pendidikan anak beliau telah dikecualikan. Tabungan takaful anak beliau kini diteruskan sehingga anaknya berusia 17 tahun.


Kisah 4.

"Boleh Encik buatkan takaful untuk anak saya esok?" Panggilan diterima daripada En. Khairul (bukan nama sebenar) pada pukul 12 malam pada suatu hari. Pada waktu tersebut, konsultan takaful yang berkenaan baru sahaja melelapkan mata dan berasa terkejut menerima panggilan sebegitu. Itulah pertama kali dalam hidup beliau menerima panggilan untuk menyertai takaful pada tengah malam. Keesokannya konsultan berkenaan menguruskan segala dokumen yang diperlukan. "En. Khairul, apakah sebenar motivasi tuan untuk segera mengambil perlindungan takaful untuk anak tuan yang baru lahir?" tanya konsultan berkenaan. "Sebenarnya saya menjadi anak yatim ketika berusia 10 tahun apabila ayah saya meninggal dunia. Hidup kami berubah sekelip mata dan saya melihat ibu terpaksa berkerja keras untuk menyara kami 6 orang adik-beradik. Saya berasa sangat kasihan pada ibu. Saya tidak mahu perkara sama berlaku kepada keluarga saya yang sangat saya sayang."

Tuan/Puan yang saya hormati,

Kisah-kisah di atas sebenarnya cuba menggambarkan kepada anda betapa pentingnya anda membuat keputusan untuk mengambil perlindungan takaful. Dan anda perlu melakukannya sekarang tatkala mana anda masih sihat, cergas, bersemangat, disayangi dan dihargai, berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.... dan yang paling penting anda masih mempunyai masa untuk membuat pilihan. Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan 5 perkara sebelum 5.

Bayangkan sebuah keretapi terakhir pada suatu malam kini sedang menunggu anda di sebuah stesen. Sebentar lagi apabila ia bertolak dan anda tidak berada di dalamnya, anda akan terlepas peluang keemasan untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Bersendirian di stesen tersebut akan hanya mendedahkan anda kepada pelbagai risiko yang anda tidak dapat menjangkakan. Saya percaya, sesiapa juga tidak ingin berada dalam keadaan demikian. Anda perlu membuat keputusan untuk naik keretapi itu segera.... sekarang!

Analogi di atas boleh dibandingkan dengan keputusan anda untuk mengambil perlindungan takaful. Jika anda menyertai pelan takaful sekarang, kesemua yang anda sayang dan hargai termasuk diri anda DIJAMIN akan terjaga kepentingannya secara serta-merta. Namun, jika anda bertangguh lagi, berlaku sahaja musibah maka semua yang anda sayang dan hargai akan terjejas dan terbeban. Anda juga mungkin akan disalahkan kerana tidak bertindak bijak dahulu. Pilihan sekarang di tangan anda - pilihlah untuk menaiki keretapi tadi dan anda akan selamat sampai ke destinasi! Fikir-fikirkan.



IKHLAS KEMBARA TAKAFUL

Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini. Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful IKHLAS menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia, iaitu IKHLAS KEMBARA TAKAFUL di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga.
Jadual Manfaat 
Pendaftaran yang Cepat dan MudahHanya pilih pelan yang diingini dan anda akan dilindungi sebaik sahaja anda meninggalkan rumah untuk bercuti, ketika dalam perjalanan sehingga anda pulang semula ke rumah.



Oh! Maaf, Kelebihan-kelebihan ini tiada dalam mana-mana Skim Simpanan lain, hanya di Takaful Ikhlas. Macamana nak simpan di Takaful Ikhlas? Mudaaaah!
Anda boleh hubungi atau sms ejen kami. (ASHY AFFANDEE : 013-3066840)
Mulakanlah simpanan Haji semasa muda supaya tidak dipersoalkan jika kita tidak sempat menunaikannya nanti!


JANGAN LUPA
Hubungi / sms ejen Takaful Ikhlas

Encik Mohamad Fadzli B Mansor
 talian :019-2349815 / 
email: ikhlasselama@yahoo.com.my
FB: